PRIVACY NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS PRIVASI DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Notis privasi bertulis ini (“Notis”) dikeluarkan oleh White Umbrella Sdn. Bhd. (secara kolektif “kami”) kepada anda. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).
Consent/ Persetujuan
Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda mengakses laman web dan/atau aplikasi mudah alih WU Charge+ kami (“ WU Charge+ Platform”) dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.
Description of personal data/ Perihalan data peribadi
Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi daripada anda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, alamat e- mel, nombor telefon, jantina, butir-butir kad kredit/debit, lokasi, nombor pendaftaran kenderaan, salinan lesen memandu, data peribadi lain yang dihantar atau dikemukakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya..
Purpose/ Maksud
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami untuk maksud-maksud berikut (jika relevan):
memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda dan mengesahkan identiti anda;
memberikan anda akses kepada, dan memantau penggunaan anda terhadap WU Charge+ Platform;
memproses, mengurus dan mentadbir akaun dan langganan anda;
mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta, dibeli atau dibekalkan kepada anda;
menjemput anda untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam acara, tinjauan, inisiatif, program dan aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh atau bagi pihak kami (“Acara”);
maksud berkenaan dengan pembangunan perniagaan, tinjauan/penyelidikan pasaran dan analisis trend seperti penilaian keberkesanan pemasaran/pengiklanan atau kandungan permasaran kami, analisis data dan mengenal pasti keperluan dan pilihan anda;
pengiklanan dan memberi anda maklumat (seperti Acara, tawaran atau promosi) yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami, syarikat-syarikat bersekutu kami, rakan-rakan perniagaan kami pengiklan kami dan/atau penaja kami;
operasi, pengurusan dan/atau penyelenggaraan sistem kami dan WU Charge+ Platform;
untuk menambah baik produk dan/atau perkhidmatan kami dan ciri-ciri terhadap WU Charge+ Platform;
mendapatkan nasihat profesional dan menguatkuasakan hak-hak kami;
maksud pengurusan dan pentadbiran dalaman, termasuk tetapi tidak terhad untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan pengurusan dan penilaian risiko, maksud-maksud audit dan penyimpanan dan pengurusan data;
maksud-maksud penguatkuasaan undang-undang, membantu siasatan oleh pihak-pihak polis atau kerajaan atau pengawal selia yang lain, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan atau tanggungjawab lain terhadap kerajaan atau pihak-pihak pengawal selia;
sebarang penstrukturan semula atau pelaksanaan korporat sebenar atau berpotensi yang melibatkan kami (termasuk tanpa had usaha sama, penggabungan, pengambilalihan dan/atau penstrukturan semula perniagaan, aset dan/atau liabiliti kami) (“Transaksi Korporat”);
memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia; dan/atau
maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas.
(collectively, the “Purposes”).
(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut).
Source of personal data/ Sumber data peribadi
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber, termasuk tanpa had:
dari mana-mana borang yang dikemukakan/dihantar atau diisi oleh anda atau bagi pihak anda kepada kami termasuk apabila anda mendaftar sebagai pengguna WU Charge+ Platform dan menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami;
dari mana-mana maklumat atau dokumen yang dikemukakan, dihantar atau diberikan oleh anda kepada kami untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut;
dari cookies;
daripada anda apabila anda: (i) menggunakan WU Charge+ Platform atau bertanya tentang produk dan/atau perkhidmatan kami; (ii) bertanya tentang, mendaftar untuk atau menyertai mana-mana Acara; (iii) menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, mesej, e-mel dan/atau WU Charge+ Platform;
ahli gabungan kami, rakan kongsi perniagaan dan/atau sumber pihak ketiga bebas yang lain; dan/atau
dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.
Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi
Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda tertakluk kepada peruntukan berikut dan peruntukan Akta tersebut:
anda boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami; dan
kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
Anda boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk maksud pemasaran langsung dan/atau menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) dengan mengemukakan notis bertulis kepada kami. Jika anda mengehadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh terus mentadbir sebarang hubungan kontraktual, yang mungkin akan menyebabkan kami tidak dapat membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau mengakibatkan penamatan apa-apa urusan/perjanjian dengan kami.
Anda boleh menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan, atau menggunakan hak anda di atas berkenaan dengan data peribadi anda melalui butiran seperti yang dihuraikan di bawah:
|
Designation/ Jawatan: |
|
|
Telephone No./ No. Telefon: |
|
|
E-mail address/ Alamat E-mel: (if any) |
|
|
Fax No./Nombor Fax: (if any) |
Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi
Kami akan menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga berikut:
rakan-rakan perniagaan, kontraktor dan pembekal perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan teknologi maklumat, penganalisis data, syarikat pengiklanan, rangkaian iklan dan agensi pemasaran dan/atau pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran;
penasihat atau konsultan kewangan dan profesional kami;
mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda;
penerima serah, penyerah, penerima pindahan atau pemindah kami (sebenar atau berpotensi) yang berkenaan dengan hak, kepentingan, obligasi dan/atau harta yang berkaitan dengan urusan/kontrak antara anda dan kami;
pihak ketiga disebabkan oleh Transaksi Korporat yang sebenar atau berpotensi; dan
pihak ketiga lain untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.
Third party personal data/ Data peribadi pihak ketiga
Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki.
Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
Jika orang lain memberikan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah memberi kebenaran untuk pemberian/pengemukaan data peribadi anda dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis ini.
Obligatory personal data/ Data peribadi wajib
Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir yang ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda tidak memberikan kami mana-mana data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut. Ini akan menyebabkan kami tidak dapat membekalkan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta dan/atau mengakibatkan penamatan apa-apa urusan/perjanjian dengan kami.
Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
Kami boleh, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.
Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi
Amendments/ Pindaan
Kami mungkin mengemaskini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui notis di WU Charge+ Platform. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkuatkuasa setelah pemakluman tersebut. Dengan terus terlibat dengan kami berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami, dan/atau mengakses WU Charge+ Platform, setelah penerbitan atau pengeluaran pemakluman mengenai pindaan kepada Notis ini oleh kami, anda akan dianggap telah bersetuju kepada Notis yang telah dipinda dan dikemaskini.
Conflict/ Konflik
Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.